Sosiologi

Saturday, November 28, 2009

Perubahan sosial

Perubahan sosial didefinisikan sebagai perubahan kepada masyarakat, masyarakat kaya, masyarakat miskin, institusi sosial, kelakuan sosial dan cara hidup.
.
Faktor faktor mempengaruhi perubahan sosial
Fisikal / persekitaran contoh perubahan cuaca yang menyebabkan kekurangan makanan dan penghijrahan dari tempat kering.
Population – semakin populasi bertambah, semakin corak hidup berubah contoh hubungan kurang mesra
Pengasingan – populasi yang masih ketinggalan tidak ada hubungan dengan dunia luar
Struktur sosial – proses modenisasi akan menggantikan adat resam
Sikap dan nilai – populasi yang ketinggalan masih mengikut adat resam manakala yang berada di bandaraya perlu mempelajari sesuatu baru setiap hari
Faktor teknologi – teknologi mengubah hidup manusia. Pengetahuan diperolehi dari berbagai sumber.

Institusi sosial

Definisi institusi social adalah sekumpulan orang berkedudukan social yang sama dan mempunyai hubungan dan peranan kemasyarakatan serta mempunyai fikiran, peraturan dan praktis tentang bagaimana kehendak asas masyarakat itu dapat dicapai contoh tempat beribadat.

Jenis jenis institusi social
Institusi keluarga contoh sebuah keluarga
Institusi agama contoh tempat beribadat
Institusi kebajikan contoh rumah untuk orang kurang upaya / OKU
Institusi kesihatan contoh institusi jantung Negara / IJN
Institusi pendidikan contoh sekolah
Institusi ekonomic contoh peniaga-peniaga
Institusi politikal contoh parti politik
.
Function
Keluarga contoh mendidik anak-anak bagaimana bergaul dengan masyarakat secara positif.
Agama contoh mengajar tentang keadaan keadaan yang adil untuk hidup berharmoni.
Politik contoh memastikan keadaan aman damai dalam negara supaya tidak timbul masalah.
Ekonomi contoh memberi peluang pekerjaan untuk memastikan jenayah terkawal.
Pendidikan contoh menyampaikan pengetahuan kepada murid murid sekolah supaya murid-murid dapat bergaul secara baik.
Kesihatan contoh memastikan setiap individu adalah sihat kerana seseroang yang sakit tidak suka berinteraksi dengan yang sihat.
Hospital contoh merawat penyakit sebab setiap individu adalah sihat dan mesra.
.
Kesan daripada keluarga kasih sayang, agama baik, politik sihat, ekonomi berkembang, pendidikan yang maju dan kesihatan terbaik adalah seseorang itu lebih senang menyesuaikan diri kepada perubahan, tidak mencari masalah, menghormati undang-undang, tidak menyebabkan masalah, menghormati orang lain, seorang yang sihat dari semua aspek contoh minda sihat, fikiran sihat, tahu apa yang betul, menghadapi cabaran hidup dengan tabah hati, sikap mesra, menghormati diri sendiri

Sosiolisasi

Sosiolisasi didefinisikan sebagai interaksi dengan orang lain, meniru adat resam orang lain, hidup dalam adat resam orang lain untuk menjalinkan hubungan baik di antara satu sama lain contoh fesyen baju.
.
Faktor faktor mempengaruhi proses sosiolisasi individu adalah berikut.
Biologikal: Warisan dimana gen gen menghasilkan
keadaan fisikal, emosi dan mental yang berbeza contoh
sinapsis otak / synapse lebih terangsang semenjak dilahirkan dan ini menyebabkan seseorang itu lebih mesra. Otak: Otak kanan adalah lebih kepada kesenian. Manakala otak kiri adalah lebih kepada sains. Ini menentukan jenis jenis kawan yang ada. Fisikal: seorang cantik lebih senang mendapat kawan. Hormon memain peranan jika seseorang itu ganas. Penyakit menyebabkan seseorang senang menjadi marah.
Persekitaran: kaum yang sama atau tidak, pengaruh dari television, kelakuan yang ganas
Kognitif: Pendidikan dan pengetahuan mempengaruhi proses sosiolisasi seseorang individu.
.
Aras sosiolisasi
Aras primer dimana kanak kanak belajari bagaimana berinteraksi dengan orang lain, selalunya ibubapa.
Semasa bayi. Bayi berinteraksi dengan ibu bapa melalui sentuhan, bunyi suara, menyusu, hidu bau badan orang yang mendukungnya, melihat senyuman dan membalas senyuman itu.
.
Aras sekunder di mana seseorang individu yang telah disosiolisasikan perlu melalui proses sosiolisasi tetapi di dalam sesuatu keadaan yang berlainan contoh mempunyai anak sendiri, memasuki institusi pendidikan yang lebih tinggi, menghijrah. Semasa kanak-kanak kecil. Bergaul dengan kanak-kanak sama umur. Diajar tentang pergaulan yang positif dan baik. Semasa sekolah. Pentingkan kawan. Membelajari bagaimana bertanggungjawab, adil, baik hati, setia dan boleh diharapkan. Semasa remaja. Kawan-kawan adalah segala galanya. Semasa orang dewasa. Berdikari, dapat meluahkan perasaan sendiri, ikut apa yang sama
.
Agen agen sosiolisasi
Agama
Keluarga
Pendidikan
Media masa
Tempat kerja
Kawan sebaya
.
Masalah sosiolisasi
Larikan diri
Masalah social contoh mat rempit
Kelakuan teruk contoh keganasan
Selalu bermasalah contoh jenayah
Komunikasi terhalang contoh diam diri
Sikap negatif contoh pentingkan sendiri
Hubungan tidak baik contoh pergaduhan
Fikiran terganggu contoh fikiran paranoid
Tidak dapat menyesuaikan diri kepada persekitaran
Tabiat negative contoh kurang sopan semasa makan

Thursday, November 26, 2009

Istillah sosiologi

Masyarakat merupakan istillah yang digunakan untuk menerangkan komuniti manusia yang tinggal bersama sama. Boleh dikatakan masyarakat itu merupakan jaringan perhubungan antara pelbagai individu. Dari segi pelaksanaan, ia bermaksud sesuatu yang dibuat atau tidak dibuat oleh kumpulan orang itu.
.
Budaya atau kebudayaan daripada perkataan Sanskrit buddayah, yang merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi, yang bermaksud budi pekerti atau akal secara amnya membincangkan hal hal berkaitan budi dan akal manusia. Di dalam pengertian yang luas pula bermaksud segala sesuatu yang dibawa atau dikerjakan oleh manusia, berlawanan dengan perkara semula jadi yang bukan diciptakan atau boleh diubah oleh manusia. Di dalam bahasa Inggeris, kebudayaan disebut sebagai culture, yang berasal daripada perkataan Latin colore yang bermaksud menanam atau mengerjakan.
.
Norm adalah satu standard, model, corak yang terkhusus.
.
Mores / mos adalah adat resam adalah istillah Latin untuk norma norma sosial, adat resam atau nilai nilai kebajikan. Adat istiadat berasal daripada amalan-amalan dari suatu masyarakat dan bukan undang undang bertulis. Mereka terdiri daripada berkongsi pemahaman tentang kelakuan yang dapat diterima atau tidak, dapat dibiarkan atau tidak atau dihadkan.
..
Folkways adalah istillah yang dicipta oleh William Graham Sumner untuk menunjukkan kumpulan mereka kebiasaan yang umum untuk suatu masyarakat atau budaya dan biasanya disebut adat.
.
Taboos adalah larangan akibat adat atau kadang kadang emosi yang negatif.
.
Value adalah kualiti samada buruk atau baik yang membuat sesuatu yang diingini atau dihargai.
.
Attitude merujuk kepada kelakuan yang ditunjukkan atau cara membawa diri sendiri; sesuatu corak pemikiran atau perasaan.
.
Role adalah sebuah bahagian atau watak, dipegang oleh seorang atau merupakan sebahagian daripada fungsi yang diambil atau dianggap oleh sesiapapun.
.
Race bermaksud satu kelompok manusia yang mempunyai gen gen hampir sama pada satu tempat.
.
Conformity adalah kesamaan bentuk, watak, cara.
.
Deviance bermaksud berbeza dari norma atau daripada standard yang diterima masyarakat.

Pengenalan

Definisi sosiologi adalah ilmu pengetahuan tentang masyarakat iaitu; sekelompok individu yang mempunyai: hubungan, kepentingan bersama dan budaya. Sosiologi berasal dari Bahasa Latin iaitu socius yang bermaksud kawan dan logos bererti ilmu pengetahuan.
.
Implikasi sosiologi bagi penjagaan perawatan
Memahami adat orang lain contoh lebih percaya kepada rawatan dari bomoh.
Kelakuan contoh sesuatu jenayah berlaku akibat dari ketidakstabilan mental pesakit.
Duit contoh pesakit mampu membayar untuk rawatan canggih.
Wad contoh pesakit lebih suka bilik yang berhawa dingin.
Pengetahuan contoh pesakit yang mempunyai pengetahuan tentang penyakit akan memberi lebih kerjasama dengan kakitangan wad.
Masalah contoh stres bertambah akibat dari kanak-kanak di rumah yang tidak dijaga dengan betul.
Pesakit perempuan lebih suka dijaga oleh jururawat perempuan.
Jururawat hendak menjalankan tugas dengan teliti disebabkan oleh kesan mediko legal.
Pesakit lebih suka dijaga oleh jururawat berkaum sama supaya dapat berkomunikasi dengan berkesan.
Pesakit mendapatkan ketenangan apabila menghadapi situasi cemas.
Pesakit bimbang jika gaji terjejas disebabkan kemasukan ke wad.

Nota nota yang ada